Sunday, March 23, 2014

10 kenderaan hangus

Klang: Lebih 10 kenderaan yang menunggu masa untuk dilupuskan hangus dalam kejadian di tanah lapang berhampiran sebuah kilang besi di Jalan Raja Nong, Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Kejadian yang masih belum diketahui puncanya itu bagaimanapun berjaya dikawal pasukan Bomba dan Penyelamat selepas hampir setengah jam menjalankan operasi memadam api.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu jam 2.31 petang sebelum menghantar tiga jentera bomba ke lokasi kejadian.

"Kenderaan yang musnah terdiri daripada kereta-kereta yang rosak dan dalam proses untuk dilupuskan.

Foto

"Namun begitu, sekiranya bomba tidak bertindak dengan pantas, api pasti merebak hingga ke kilang besi yang terletak bersebelahan dengan tempat kejadian," katanya.

No comments:

Post a Comment